Nuffnang

Monday, November 8, 2010

FACEBOOK BUKAN SEKADAR BERSOSIAL

Gua Musang - Rambang mata..! Semuanya saya nak, sebelum ni susah berpeluang nak tengok dan beli barang cantik macam ni, maklumlah saya ni bak kata kawan-kawan, tinggal di 'hujung dunia'," kata Norra Azira Azmi yang sedang leka menekan kekunci komputer mencari paparan kebaya nyonya untuk Aidiladha.

Norra Azira, 34, yang menetap di Felda Aring, Gua Musang kerana mengikut suami yang bekerja sebagai pengurus di Felda berkenaan, seringkali hanya mampu menahan rasa kerana kesukaran mendapatkan barangan yang diingini kerana tinggal jauh dari bandar.

Namun kini beliau mungkin antara beratus-ratus individu yang begitu sibuk di depan kaca monitor, melayari laman sosial facebook untuk menjamu mata dengan pelbagai barangan dari hujung rambut ke hujung kaki sehinggalah makanan dan ubat-ubatan.

Bukan sekadar mencari dan menambah kenalan, laman sosial facebook yang popular kini semakin digilai kerana turut menjadi medium kepada individu mencari dan membeli pelbagai barangan istimewa secara online.

"Sebenarnya ia lebih mudah dan cepat, sekarang tinggal di pedalaman pun rasanya sudah tidak mengapa," kata Norra Azira, suri rumah anak jati Johor Baharu, yang baru lima bulan mengenali laman sosial.

Selanjutnya klil Bernama.

No comments:

Post a Comment