Nuffnang

Monday, November 8, 2010

PENCERAIAN TUANKU ISMAIL DI RAGUI



Kota Bahru - Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman yang memfailkan kes berhubung lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Elia Suhana Ahmad membuat laporan polis malam tadi berhubung penangguhan keputusan kes itu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang didakwa sepatutnya diputuskan hari ini.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini pada pukul 11.20 malam tadi. Wanita itu mendakwa, dengan penangguhan keputusan cerai itu dikhuatiri berlaku penyalahgunaan kuasa dan campur tangan pihak tertentu dalam urusan keputusan mahkamah tersebut berkaitan kes yang difailkan itu.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mahkamah menangguhkan keputusan itu ke tarikh lain sehingga diberitahu kelak. Dakwanya, beliau juga dimaklumkan oleh pihak Sultan Ismail Petra bahawa Hakim Syarie, Abdullah Man telah menghadap baginda bagi mendengar sendiri pengakuan baginda berhubung lafaz cerai itu di Istana Mahkota pada 30 Oktober lalu.

"Saya dimaklumkan oleh peguam syarie saya, Tetuan Zainul Talha & Amnir bahawa mereka telah menerima sepucuk surat dari Mahkamah Syariah Kelantan yang memaklumkan keputusan kes saya melawan Elia Suhana berkaitan dengan pengesahan cerai oleh Sultan Ismail telah ditetapkan pada hari ini.

Selanjutnya klik Utusan.

No comments:

Post a Comment