Nuffnang

Thursday, November 11, 2010

JOM MAIN PELITA


Kredit to incik google :)


Assalamualaikum!

Wahh! Meriahnya macam nak raya. Raya? Kita baru lepas raya Deepavali kan? Ehh! Tapi kita beraya macam dorang. Suka-suka nyebut...hehehe


Kita masuk satu blog, sukalah tengok gambar-gambar yang di ambil sempena pertandingan hiasan pelita raya. Wah! Meriahnya dari muda sampai yang tua dok menghias rumah. Siap ada konsep "Alami Suasana Gemerlapan 10,000 Pelita Raya di Kampung Tradisi @Experience the Glittering of 10,000 traditional lights in traditional villages"

Hampir beribu-ribu pelita yang dipasang di kampung tersebut menggunakan pelita minyak tanah yang diperbuat daripada bermacam-macam barang terpakai seperti tempurung kelapa, buluh, tin, dan bermacam-macam lagi. Setiap rumah dihiasi dengan pelbagai jenis pelita dengan tema tersendiri. Antara tema-tema yang dapat dilihat ialah 1 Malaysia dan 53 Tahun Kemerdekaan.

Program diadakan bagi mewujudkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya dalam mengekalkan tradisional simbahan cahaya lampu tradisional. Seronokkan tapi mana nak jumpa lagi, dalam mimpi bolehlah...hehehe

No comments:

Post a Comment