Nuffnang

Thursday, November 11, 2010

NAK JADI KUCING

Assalamualaikum!

Meowwww! Wahh, Cantik muka....hehehe. Agak melucukan tapi itulah realitinya. Hakikatnya perniagaan berbentuk perkhidmatan mandian dan menguruskan haiwan ini mula mendapat tempat di kalangan para pencinta kucing. Contohnya besan abah kita bermakna adik kita punya mak mentua ekkk. Dia ada klinik haiwan. Kucing-kucing tu duduk tempat 1st class ko...hehehe

Bentuk spa citarasa Bali? Ada urutan dan mandian jakuzi bagai ke? hehehe

Bukan manusia yang perlu ke spa untuk meredakan stres dalam bentuk urutan dan memanjakan diri, kucing hari ini dah pandai ke spa untuk meredakan tekanan akibat bulu yang penuh dengan hama, kutu, kotor dan berhabuk. Mulia diri ko kucing...hehehe

Sekarang orang ramai tidak kisah dengan bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan seistimewa ini. Yang penting haiwan kesayangan mereka mendapat belaian istimewa dan terurus.Kita pun seronok nak membelaikan. Seronoknya!

Haiwan peliharaan itu akan dipotong dan dirawat kukunya, diberus gigi, dibersihkan telinga, dimandikan, disyampu, dilap dan dikeringkan, bulunya disisir dan di sikat, dirapikan dengan pengering rambut dan kemudian disemburkan pewangi. Boleh tak kita nak jadi kucing? Meowww...muehehe

Sumber rujukan : Utusan.

2 comments:

  1. Siti Ruhayu Ab Rahman : KO kena jd kucin dulu...meowwwwwwww...hahahha

    ReplyDelete