Nuffnang

Sunday, November 7, 2010

MAYA TOLAK PERSEPSI JANDA PANAS


Harap-haraplah jangan sampai digelar ‘janda panas’. Rasanya apa yang diperkatakan tentang saya ketika ini sudah sampai satu kemuncak yang maksimum.”Itulah ekspresi jelitawan popular, Maya Karin apabila seorang lagi lelaki popular, Yusry Abdul Halim dikaitkan dengannya selepas pelakon Remy Ishak.

Empat bulan menyandang status janda, Maya menyedari ada suatu kelainan yang berlaku terhadapnya. Sesuatu yang pelik tetapi tidak ketara berbanding dua fasa hidupnya sebelum ini: Ketika masih bujang dan ketika menjadi isteri orang.

“Saya cuma keluar makan malam dan menonton wayang, tiba-tiba ia menjadi berita yang sensasi. Saya masih pelik sebabnya bertahun-tahun sebelum ini tiada kisah sebegitu.

“Selepas cerai sahaja, tiba-tiba mata orang luar menjadi semakin tajam. Itu yang terdetik dalam fikiran, rasa risau pun ada juga,” Maya berdesis seraya tergelak kecil.

Melalui matanya, terbit satu sinar. Mahu tidak mahu, ‘si janda panas’ itu harus sedar bahawa terjunjungnya status itu di atas batu jemala, ia seperti magnet yang menarik segala perca dan puin sensasi untuk datang ‘berumah dan berkongsi makan’ di tepi kainnya.

Ia melarutkan bekas isteri Steven David Shorthose itu dengan sebuah persoalan tentang harga dan permintaan kewanitaannya ketika ini. Pada mulanya Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 itu sedikit kabur. Penulis permudahkan.

Tersedarkah dia terhadap perbezaan rasa yang menyelinap, atau situasi kendirinya sekadar biasa, tiada ubah seperti hari-hari semalam yang telah mencorakkan warna kematangan ke atas namanya. Maya ialah seorang wanita yang menjengah satu lagi fasa kematangan, daripada era solo kepada dunia perkahwinan dan sekarang sedang mendepani zaman menjanda.

Adakah keperluan dan permintaannya juga berubah mengikut fasa yang dilalui?

“Sejak dari dulu lagi, saya cuba letakkan diri pada tahap yang dihormati, dan saya masih melakukan perkara yang sama.

“Dalam masa yang sama, pada usia dan status saya ketika ini, saya tetap ingin menghadapi hidup dengan jiwa yang lincah, muda dan tidak gentar dengan cabaran,” ujarnya ringkas.

Maya baru

Berbaki tempoh tidak sampai dua bulan sebelum menghabiskan tahun 2010 yang mencatat sejarah peribadi kepada pemilik nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, wanita berdarah kacukan Jerman dan Melayu itu menunggu halaman baru untuk dilatari.

Lembaran yang dimaksudkan itu tidaklah sehingga mempersembahkan Maya versi baru.

“Apa yang baru itu sekadar kejiwaan, ia lebih bersifat kerohanian. Dari segi luaran, fizikalnya masih sama, tidak akan ada perubahan yang ketara,” ulasnya.

Sambil membayangkan Natrah, watak miliknya di pentas teater Natrah yang sekali lagi kembali ke Istana Budaya (IB) pada 25 November bakal divariasikan dengan sentuhan yang lebih berilmu, Maya berkata:

“Saya harapkan penerimaan yang sama, bahkan lebih baik berbanding pementasan tahun lepas.

“Pengalaman dan skil berlakon teater memberikan saya persediaan mental dan fizikal untuk Natrah. Lagipun, rakaman teater itu sudah disiarkan di kaca televisyen. Jadi, saya harap demam Natrah akan kembali sekali lagi!”

Penulis mengusik Maya dengan sepotong ayat, bukan demam Natrah sahaja, tetapi ‘demam asmara’ bersama Rosli Dhobi juga akan kembali menghangatkan suasana nanti.

Pemegang karakter Natrah itu mengangguk dan tersenyum. Anak matanya bersinar. Dia tidak jengkel atau sinis diusik begitu.

“Kita sama-sama tengoklah nanti. Kebelakangan ini, kami jarang berjumpa, tetapi bila sudah ada projek yang sama begini, setiap hari kami akan bertemu.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment