Nuffnang

Saturday, November 13, 2010

PENIAGA TUDUNG DI PENJARA 17 TAHUN

Seorang ibu kepada tiga anak dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian ibu saudaranya pada Mac lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan hukuman terhadap Zuraini Ismail, 26, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 Mac lalu. Dia sebelum itu ditahan di Penjara Pengkalan Chepa di sini sementara menunggu untuk dibicarakan.

Zuraini yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Zuriana dituduh membunuh Siti Bidah Ismail, 56, antara pukul 12.01 tengah malam dan 5.30 pagi 4 Mac lalu di Taman Harmoni, Kampung Berangan di sini.

Ketika melakukan perbuatan tersebut, Zuriana sedang mengandung anak ketiga. Ketika itu kandungannya berusia tujuh bulan.

Sumber : Kosmo

2 comments: