Nuffnang

Monday, November 1, 2010

PULAU PAYAR


Assalamualaikum!

Anda gemar menyelam? Tapak selaman terhebat terletak di sepanjang jalinan terumbu karang yang memagari bahagian selatan, timur dan barat Pulau Payar. Pastikan anda tanya pengendali selaman anda mengenai jarak penglihatan yang dijangka ketika selaman anda. Jarak ini berubah dari masa ke semasa.


Pulau Payar tidak mempunyai sebarang kemudahan penginapan memandangkan ianya sebuah kawasan semulajadi yang dilindungi, tetapi ini tidak menjadi masalah kerana Pulau Langkawi terletak tidak jauh dari sini dan menawarkan pelbagai pilihan tempat tinggal dan restoran

Pulau Payar terletak hanya 30 km ke Tenggara Pulau Langkawi. Anda boleh mengunjungi pulau ini dengan menggunakan bot laju dengan memakan masa kira-kira 45 minit.

No comments:

Post a Comment