Nuffnang

Monday, November 1, 2010

PULAU TENGGOL




Assalamualaikum!

Pulau Tenggol merupakan sebuah lagi destinasi menyelam yang mempesona dan terletak hanya 45 minit dari persisiran pantai Kuala Dungun di bahagian selatan negeri Terengganu. Pulau ini kecil hanya 3 km panjang dan 2 km lebar.

Bagaimana pun, ini tidak menghalangnya dari dianggap sebagai 'syurga' lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam skuba.

Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut seperti dinding kanvas bagi hidupan laut yang tidak jemu di kunjungi penyelam skuba.

Pulau ini mempunyai resort yang selesa dan menawarkan pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan

No comments:

Post a Comment