Nuffnang

Friday, November 12, 2010

RENUNGAN PAGI JUMAAT

Salam pagi jumaat, ceriakan pagi ini dengan senyuman. Semalam kita sampai awal di pejabat. Macam biasa terus uruskan anak-anak kita yang ramai...hehehe

Mana mata yang pejam dan liat nak bangun kita usap-usap mana yang patut. Anak-anak kita ni bukan leh percaya, manusia ni rakus kekadang abis di cabut-cabutnya urat tengkuk. Cian anak kita tak bermaya...hehehe

Anyway kita eppy dengan kerja sekarang walaupun berdepan dengan seribu kerenah pengguna. Bak kata alah bisa tegal biasa. Kalau ada komplain dari pengguna kita dah boleh tersenyum dan jawab dengan baik berbanding dengan awal kerja dulu.

Ada segelintir staf shif pagi bertanya pada kita, nape kita buat kerja serentak dengan mereka? Soklan cepu emas ke? hehehe. Susah juga nak jawab tapi kita jawab sikit je 'kerja itu ibadah' sambil gurau-gurau..hehehe. Hope mereka renung-renungkan. Kita tak dapat di dunia, insyallah kita dapat di sana kelak.

Sekarang ni sasaran kita tengah nak siapkan Halaman Kandungan, actually untuk keluaran Disember dah 50% di keluarkan. Walaupun sekarang ni bulan November...hehehe. Ganeh ambooo!

Semalam NC hantar kita emel melalui blackberry CC pada KP. Terkejut beruk NC bagi kita emel. Manalah tau kita wat silap ke berkaitan halaman kandungan dia...hehehe. Seram wooo! Alhamdulilah, ucapan tima kasih dia untuk kita.

Itulah kenangan-kenangan manis.

2 comments:

  1. Gd monink Kak CT .. Semoga hari ni lebih ceria dr semlm.

    Lagu Tok Ti ni sgt best la kak. Mesti akak ni klasik, kn. hehe ..

    ReplyDelete
  2. Ella : Monink2...yezzza pandai pun teka akk ya...heheh

    ReplyDelete