Nuffnang

Wednesday, December 29, 2010

ASN AGIH PULANGAN 6 SEN SE UNIT

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak enam sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 80 sen seunit berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 5.20 sen seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pihaknya memperuntukkan pembayaran sebanyak RM89.88 juta sebagai bayaran agihan pendapatan ASN bagi tahun semasa.

Pembayaran tersebut melibatkan 1.18 juta pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion unit ASN.

"Prestasi ASN sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 adalah lebih baik berbanding tahun sebelum," katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASN 2010 di sini semalam.

Sumber : Kosmo

2 comments: