Nuffnang

Thursday, December 2, 2010

AWASI TIRIOD SEBELUM IA MENJADI KANSER

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.

Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki. Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.

a. Hyperthyroidism :

Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah.Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki,ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga. Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :


*Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*Mata menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis

b. Hypothyroidism :

Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita. Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid. Tanda-tanda penyakit ini ialah :

*Kurang tenaga
*Rasa sejuk
*Denyutan jantung perlahan
*Depresi
*Berat badan bertambah
*Kurang daya ingatan
*kulit kering
*Rambut gugur
*Sembelit
*beguk
*Nafsu seks turun
*Suara serak

c. Beguk

Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid.Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid.Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk. Tanda-tanda beguk ialah :

*Rambut kering
*Bengkak di tengkuk
*kehilangan berat badan
*Perubahan haid
*jantung berdebar-debar
*cepat marah
*mata jadi besar
*perubahan kadar metabolisme

Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.


d. Kanser Tiroid :

Benjolan yang terdapat di di tiroid.Lebih 90 peratus benjolan bukanlah kanser. Selalunya dapat dibuang melalui pembedahan samada dibuang semua atau sebahagian sahaja sahaja. Kanser tirid peringkat awal tidak menunjukkan sebarang kesan. Namun semasa kanser membesar, tanda-tanda kanser tiroid akan mula terasa seperti :

*benjol di bahagian depan leher
*Sukar untuk bercakap dalam suara yang normal
*Sukar menelan dan bernafas
*Rasa sakit di tekak dan leher

5 comments:

  1. tiriod bole jadi kanser ye?
    takut nye

    T_T

    ReplyDelete
  2. Yup! Akk pesakit tyroid yg dh tahap hyper...manusia normal TSH 0-4 kira normal...tp kadangkala akak mcecah sampai TSH 17-18.

    Tapi sebagai org Islam akk percaya dgn keajaiban Allah. Dia penentu segalanya...

    ReplyDelete
  3. salam...sy pesakit tirod jugak...saaya baru tau...sblm ni....igtkan hilang selera makan....biasa....kekadang...sy ni kuat makan.....jd mudah mengah??? cepat letih...walaupon badan saya besar....tp sy jugak aktif sukan......tp akhir3 ni shj....bl rutin harian saya sukan mcm jogging...main bola sepak.....aktiviti senaman mcm naik tangga....turun tangga....berjalan.....semua jd terbantut...kerana cepat mengah...mudah haus...dan cepat nak marah......emosi terganggu....hurm,m........sekarang sy dalam proses mkn ubat???? ntah apa nama ubat tu......yg satu papan....ada 10bj??? tp sy di nasihatkan makan 3bji...kemudian.....4bji...sekarang 3bji...tp sy masih makan 5 bj.....hurmm....doktor pesan jugak...dalam masa dua tahun...andai xda perubahan....sy akan di operate.....hurm....mcm mna sy nk atasi semua yang bukan kehendak manusia lain?????

    ReplyDelete
  4. mistaBOONgenta :

    Wslm. Wah ! kita spesis ya..tima itulah yang seadanya. Allah dah pilih kita, bersyukur apa yang ada.

    Kuat makan dan ilang selera itu perkara biasa bagi pesakit tyroid sbb hormon tak stabil.

    Pesakit tyroid ada 2 kategori...adik mcm akk badan berisi dan satu kategori sebaliknya, kurus. Biasanya bila kita bersembang dgn doktor dia akan cakap agak ssh nak turun berat bagi pesakit tyroid yg berbadan besar dan ingin berbadan ramping...hehehe. Ingat tu...sdirilah diet...hehehe

    Akak sekarang mudah mengah mungkin faktor usia pun dh mencecah 45 thn..

    Ubat tu nama dia tyroxine, Oooooo banyak tu sekali makan. Dulu akak amik 1 biji tapi sekarang dah 2 biji sebab TSH tinggi sgt. Makan ubat tu bukan suka2 nak ambik bape ya. Ikut saranan doktor dan wajib amik setiap hari.

    Akak dah operate, buang semua sekali kelenjar so bergantung dgn ubat sepenuhnya...

    Itulah bahagian kita, jangan risau..ingat Allah sentiasa di sisi kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru2 ni...leher saya bengkak....leher bahagian depan....saya pergi check, doc cakap cuma cecair dia mengembang....doc bg ubat utk kecutkan dia....kalau dalam 2 minggu x kecut jugak baru doc akan amik darah...wat test....saya takut....ada nasihat x..?

      Delete