Nuffnang

Thursday, December 2, 2010

EPAL

Kita memang suka makan buah epal. Bila asthma makin agak teruk doktor tak galakkan kita ambil buah-buahan lain seperti rambutan, anggur, nangka, cempedak, oren, makanan segera dan makanan yang berminyak. Cuma kita kena ubah sedikit corak minuman, dimana biasanya sebelah malam kita suka ambil queker oat yang di campur kismis dan susu. Sekarang nampak gayanya selamat tinggal kismis sebab kismis berasal dari buah anggur.

Masa kita pregnant dulu pun kita tak gemar dengan buah-buahan lain kecuali epal. Dalam sehari kita boleh makan 1-3 biji buah epal. Bagi kita memang sedap buah epal berbanding buah-buahan lain. Malah epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jusnya boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus. Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian. Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

No comments:

Post a Comment