Nuffnang

Tuesday, December 21, 2010

DOKTOR MUDA ELAK KE PENDALAMAN

Masa interview kerja mulut bukan main manis. Lebih manis dari gula-gula...heheheh. Saya sedia berkhidmat di luar bandar. Saya sedia berkhidmat di mana-mana kalau di beri peluang. Aah! Baca ayat ni sure ramai yang terasa. Nasiblah kan?

Tiba masa yang di nanti, macam-macam alasan keluar. Siap guna pihak yang sesuai dengannya, contohnya datuk, ahli politik dan sebagainya.

Macam-macamlah orang muda sekarang, banyak sangat bagi alasan. senang cerita jatidiri tak kuat. Tak caya cuba baca keratan akhbar ni. Kebanyakan doktor muda diketahui sering mengelak daripada bertugas di hospital di luar Lembah Klang atau ibu negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Mengambil perhatian bahawa trend masa kini yang cenderung untuk bertugas di bandar-bandar besar, beliau berkata, doktor-doktor muda sememangnya diketahui akan merayu jika dihantar bertugas di luar bandar.

“Oleh itu, doktor muda mesti sentiasa bersedia dan berupaya menyesuaikan diri untuk berkhidmat di kawasan yang diperlukan oleh orang ramai ke arah mewujudkan pengagihan penjagaan kesihatan yang saksama di seluruh negara.

“Adalah mustahak bagi generasi doktor masa depan untuk lebih memahami harapan rakyat, bukan hanya di bandar tetapi juga di seluruh negara supaya masyarakat akan menikmati penjagaan kesihatan yang mudah diperoleh dan mengikut kemampuan untuk mengekalkan kesihatan pada tahap maksimum.

“Malangnya, tidak ramai daripada kalangan doktor muda kita hari ini yang bersedia untuk cabaran ini berikutan perubahan yang pantas ke arah masyarakat moden dan berteknologi,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Pelajar PraPerubatan 2010 yang julung kali diadakan anjuran Kolej Mara Banting di Prince Court Medical Centre hari ini.

Sumber : Bharian

2 comments:

  1. same goes to teachers kan :)

    akibatnya, yg betul2 ikhlas nk mendidik anak bangsa ni even kat pedalaman pun, masih tak dapat2 lagi nak begelar guru :(

    Dunia AkuIbuMuda

    ReplyDelete
  2. Aku Ibu Muda : Betul tu...biasanya yg ikhlas dan jujur nk bekerja tu x dapat kerja tetap...yg teeeeetttt tu la yg dapat...mcm hampehhh...hehehe

    ReplyDelete