Nuffnang

Thursday, December 9, 2010

FOLLOW UP DI HSI

Salam semua! Hambooooi pagi-pagi buta mokcik dah membebel Opsss! Tidak, tidak! Kita nak habaq kejap lagi nak ke HSI buat follow up. Appoinment kita jatuh hari ni. Baru semalam mula bertugas, hari ni dah cuti semula. Naik segan pulak, malu masuk dalam cengkerang siput yang banyak tu...hahaha. Yelah kita perlu mengutamakan diri sendiri , kalau tak di pantau macam mana pulak nak buat kerja. Kalau dah tak sihat sendiri juga yang susah.

Kita kena pergi 2 department, refer doktor berkaitan asthma dan skin. Wah! sure lama ni tapi tak tahu macam mana nanti. Hope tak ramai patient.

Kita suka invironment HSI lebih dari perkhidmatan pakar. Rugi kalau kakitangan kerajaan tak mendapatkan perkhidmatan di sini. Tempat memanglah cantik, doktor pun ramai satu paling kita suka konsepnya pesakit di utamakan.

Kalau duduk 1st class lagi macam mana ya? Kita yang 2nd class pun dah rasa puashati dan selesa.

Untuk silent reader dan blogger layan ya dengan schedule entry yang kita dah siapkan malam tadi.

Hah! Jangan lupa, mulakan kerja dengan bismillah dan senyom sokmo!

3 comments:

  1. salam..:)
    Moga dipermudahkan segala urusan hari ini..dan agar semuanya baik2!Yang paling utama ..sis sihat !:)

    ReplyDelete
  2. Pn Kartini : Alhamdulilah semua ok...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CT, Saya pun kerap ke HSI dalam 2-3 bulan sekali, mungkin kita pernah terserempak?

    ReplyDelete