Sebelum Ramadan lalu, Anita Sarawak bersama suami tercinta, Mahathir Abdullah, meninggalkan hiruk-pikuk kota metropolitan, Kuala Lumpur menuju ke beberapa kota di Eropah, Las Vegas dan Los Angeles di Amerika Syarikat untuk berehat setelah bertungkus-lumus menguruskan kerjaya seninya di sini. Selain bercuti, pasangan romantis itu turut mengambil peluang selama dua bulan berkenaan untuk menguruskan perniagaan Mahathir di Vegas.
Pemergian Anita atau Kak Nita kali ini bagaimanapun terasa bagaikan lama benar berbanding sebelum ini. ‘Kehilangan’ Anita menjadi tanda tanya di kalangan teman media. Lazimnya sekembali dari bercuti panjang, ada saja aktiviti membabitkan penghibur itu akan menyusul, tetapi kali ini diva itu seakan menyepikan diri. Bagaimanapun, kemunculan penyanyi, pelakon dan pengacara itu pada majlis memperkenalkan program baru terbitan Astro Ria, Astana, dua hari lalu bagaikan menjawab segala pertanyaan yang selama ini bersarang di hati.
Kehadiran Anita pada majlis itu cukup dinantikan. Tentunya yang paling kami nantikan adalah untuk melihat apa pula imej baru yang cuba ditonjolkan personaliti berusia 57 tahun itu sekembalinya dari bercuti. Ternyata dia berjaya memukau mata kami dengan penampilan yang cukup anggun dengan gaun labuh rona hitam, bersama imej baru - rambut panjang yang diikat tinggi. Reben hitam pula menjadi perhiasan di kepala menyebabkan penampilannya tidak ubah seperti gadis remaja. Benarlah seperti kata pujangga, hitam itu menawan. Begitulah menawannya Anita tengah hari itu yang tampil sedondon dengan suami tersayang. “Kak Nita tidak menghilangkan diri,” begitu tersusun bicara wanita ini membuka bicara.
Memang lazim dia begitu, justeru, tidak hairanlah kenapa ramai wakil media berasa selesa untuk bertemu penyanyi kelahiran Singapura ini. Dia seorang yang cukup profesional, tidak pernah sekali meninggikan suara, apatah lagi untuk meninggi diri. Panggilan sayang juga tidak pernah lekang di bibir, tidak kiralah ketika bertemu dengan sesiapa sekali pun. “Kak Nita kembali ke sini pada minggu kedua Syawal. Walaupun bercuti, Kak Nita seolah-olah tidak bercuti kerana boleh dikatakan 24 jam Kak Nita bergayut di telefon menguruskan perkara berkaitan program Astana yang akan memaparkan kediaman mewah beberapa ahli perniagaan yang berjaya dan selebriti terkemuka tanah air.
“Hampir 99 peratus tetamu yang diundang untuk menjayakan program sebanyak 13 episod itu diusahakan sendiri oleh Kak Nita. Jadi sekembali daripada bercuti, Kak Nita terus sibuk dengan perjumpaan bersama pemilik rumah mewah ini, penerbit dan penulis program. “Kak Nita juga perlu menyediakan sendiri pakaian yang dikira sesuai untuk keseluruhan episod rancangan televisyen ini," kata Anita yang bakal muncul bersama program itu pada setiap Ahad jam 7.30 malam.
Sebaik saja segala perbincangan selesai, wanita itu memberitahu, dia bergegas pula ke lokasi rakaman, malah sehingga kini proses rakaman untuk program Astana masih lagi berjalan. Ia dijangka selesai pada Disember. Motivasi buat penonton : SEPANJANG 13 episod, Anita akan membawa penonton meninjau gaya hidup eksklusif pemilik rumah mewah di Malaysia. Katanya, program itu bukan bertujuan untuk menunjukkan kemewahan pemiliknya, sebaliknya ia mampu menjadi motivasi kepada penonton untuk meningkatkan lagi usaha mereka dalam meningkatkan taraf kehidupan. Walau bagaimanapun, proses menyiapkan program itu tidak semudah disangka.
Cabaran seperti pemilik kediaman enggan membenarkan rumah mereka dipaparkan terpaksa dihadapi penghibur ini. Sebahagiannya bersetuju mendedahkan kediaman mewah mereka kerana menghormati penyanyi berkaliber ini. Antara tetamu yang dipaparkan dalam program terbabit ialah Pak Engku, Datuk Yusof Haslam, Linda Onn, Chef Wan dan ramai lagi. “Setiap kali menonton program The Rich & Famous, Kak Nita sentiasa mendapat inspirasi dan motivasi untuk meningkatkan lagi taraf hidup. Kak Nita tidak suka mereka yang lekas berpuas hati dengan apa yang mereka miliki.
Selanjutnya klik Bharian.

primadona ni...tetap muda
ReplyDeleteprinceduyong ; Akk kagum dgn stamina yg ada pd dia....kagum...
ReplyDelete