Nuffnang

Monday, December 13, 2010

KAKI DAN TANGAN OKU DI KERAT

Kejam apabila mayat seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemui dengan kedua-dua kaki dan tangannya dikerat sebelum dibuang berasingan oleh pembunuhnya berhampiran sebuah tokong di Kilometer 2.3, Genting Highlands, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pembunuh remaja itu dipercayai cuba menghapuskan bukti dengan menyumbat anggota badan dan kepala mangsa dalam dua beg pakaian sebelum dibuang di lokasi berasingan ke dalam gaung.

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak menemui sebuah beg kecil dan terkejut apabila ternampak kaki terjuntai keluar dari beg berkenaan.

Pemburu berkenaan menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan anggota badan manusia itu.

Selanjutnya di Hmetro.

4 comments:

  1. manusia hari ni kian kejammm...apalah dosa OKU tu.....bukan dia minta dilahirkan begitu...semoga pembunuh dapat ditangkap segera...

    ReplyDelete
  2. roslaini saad : Tapi sakit hati...kadang2 tu hukuman mcm tak setimpal dgn perbuatan dorangkan...grrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  3. menakutkan...!

    zaman sekarang ni mmg tak selamatlah...

    ReplyDelete
  4. gadisBunga : Betul2 skrg ni mmg tak selamat..manusia tiada pertimbangan...

    ReplyDelete