Nuffnang

Monday, December 13, 2010

PADAH CUBA CURI MOTORSIKAL, LELAKI MAUT DI BELASAH

Gara-gara cuba mencuri motosikal, seorang lelaki maut dibelasah orang ramai di Kampung Slow Machang di sini, Ahad.

Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berumur 25 tahun itu mati di Hospital Lati di sini pada pukul 6.40 petang selepas cedera parah dibelasah.

"Lelaki itu dilaporkan cuba mencuri motosikal di bandar ini tetapi telah dikejar oleh orang awam sehingga ke kampung itu dan kemudiannya dibelasah oleh orang awam.

"Kejadian pada pukul 2 petang itu disedari oleh anggota polis yang membuat rondaan apabila melihat orang ramai mengerumuni mangsa yang terbaring di tepi jalan," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahim berkata anggota polis terbabit membawa lelaki itu yang cedera parah di kepala ke hospital.

Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 379A iaitu mencuri dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu polis menahan tiga individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan menasihati agar orang awam tidak bertindak melampaui batas undang-undang.

"Polis sememangnya memerlukan kerjasama orang ramai tetapi mereka diingatkan supaya menyerahkan sahaja suspek kepada polis dan tidak bertindak melangkaui undang-undang berhubung kes jenayah," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis juga mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah dan kes dadah.

No comments:

Post a Comment