Nuffnang

Wednesday, December 15, 2010

MOMOK?


Petang tadi sementara menunggu solat maghrib kita buka tingkap tingkat atas sambil mengambil udara segar. Kita tengok jiran depan rumah semi D seorang nenek sedang melayan beberapa orang cucunya yang berlari sana-sini dalam pagar.

Tiba-tiba datanglah kenderaan Kementerian Kesihatan buat announcement pasal penyemburan nyamuk di kawasan perumahan kita. Pelikkan boleh di katakan tiap-tiap minggu ada semburan nyamuk. Naik letih nak melayan, kita tak buka pun pintu. Pagar pun kita kunci...hehehe.

Bila kenderaan tu lepas dari rumah depan kita dengar budak-budak tu bertanya pada nenek dia. " Apa tu nenek?". Nenek pun jawab "Tu hantu, jom cepat-cepat masuk". Nenek tu masuk mungkin perangai spesis macam kita, malas nak mop lantai dah dekat maghrib. Calitlah nenek...hahaha

Baru kejap tadi kita pergi Klinik Radziah sebab hantar anak bujang kita macam kena gigit serangga kat leher dia semasa di Tiram Fishing Resort. Nampak bengkak macam bisul.


Masa nak masuk ke pintu klinik, tiba-tiba ada seorang bapa yang membawa anak kecil dalam usia 2 tahun. Baby tu berlari macam nak kejar kita. Tiba-tiba ayah dia cakap " Ayooooo! Ada momok". Apalah ayah dia takut-takutkan anak, tak sepatutnya.


Kita pun cakap dengan anak bujang kita, "Dik muka ibu macam momok ke?". Anak bujang kita ketawa berdekah-dekah sambil cakap "Ibu buat lawaklah" hahaha.
Yelah, petang ni asyik jumpa perkara yang serupa...hehehehe.

Buat kita tersentap tapi macam lawaklah pulak...hehehe

No comments:

Post a Comment