Sesiapa yang pernah datang ke Terengganu pastinya tidak akan melupakan pesisir pantai yang panjang dan memukau pandangan. Semestinya, Terengganu juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau-pulau ini jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk bercuti.
Satu lagi perkara yang menarik di Terengganu ini ialah musim mencandat sotong, masa yang sesuai untuk mencandat sotong adalah dari bulan Mac hingga Julai. Terdapat pelbagai jenis sotong boleh dicandat seperti sotong ketupat, sotong jarum, sotong mengabang dan lain-lain lagi.
Gelombang Laut pastinya menjanjikan pengalaman yang tidak menggembirakan bagi mereka yang mabuk laut. Persediaan boleh dibuat dengan memakan pil mabuk laut. Namun kepada kaki pancing, ia adalah nikmat yang tidak ternilai.
Warna sotong ketika baru dinaikkan adalah jernih, berbeza dengan yang dibeli di pasar. Saiz sotong yang panjang dan besar mampu membuatkan kita tersenyum. Satu lagi pengalaman yang menarik adalah makan sotong di atas bot, tekong bot menyiang dan menggoreng sotong segar ini di atas bot. Ramuannya mudah, hanya mencampurkan bawang putih dan sedikit air laut ketika sotong itu digoreng. Rasanya sangat sedap, dicicah pula dengan sos cili.
Uwaaaaa! betul ke? Kita tak penah lagi rasa pengalaman di atas. Takpe nanti kita nak tunggu bulan Jun 2011. Tunggguuuuu.....!

No comments:
Post a Comment