Nuffnang

Monday, December 20, 2010

PENERBANGAN MAS KE LONDON TERGANGGU CUACA BURUK



Penerbangan keluar dan masuk Malaysia Airlines (MAS) ke London terjejas susulan penutupan Lapangan Terbang Heathrow, hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan yang terjejas dan status semasa adalah seperti berikut :

MH3/London-Kuala Lumpur yang berlepas pada 18 Dis 2010, kini terkandas di London. Sementara menunggu lapangan terbang dibuka semula, penerbangan itu dijadualkan berlepas pada 19 Disember 2010, pada 12 tengah hari waktu London. Ia bagaimanapun tertakluk kepada pembukaan semula lapangan terbang Heathrow.

“Oleh itu, penerbangan masuk dan keluar dari Heathrow London telah dialihkan atau dijadual semula. Kami bekerja rapat dengan lapangan terbang itu dan semula pihak berkusa penerbangan awam dan akan mengemas kini maklumat dengan penumpang mengenai jadual baharu kami sebaik menerima kebenaran yang diperlukan," katanya.

Penumpang yang terjejas diberikan pilihan berikut:

Menukar tempahan penerbangan dari sekarang hingga 2 Januari, 2011 tanpa sebarang caj perjalanan hingga akhir Mac 2011, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dan jenis tambang yang ditempah.

Memperoleh pemulangan penuh wang tempahan untuk semua jenis, namun dikenakan fi.

Sebelum berlepas ke lapangan terbang, penumpang dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan mereka menerusi www.malaysiaairlines.com atau menghubungi Pusat Panggilan MAS 1300-88-3000 (di Malaysia) atau +603-7843 3000 (di luar Malaysia).

Sumber : Kosmo

2 comments:

  1. Macam mana gayanye nihhhh .... jawabnye kena berdayung ler kita ke London thun depan ni ... Kalau tak berbasikal ler kita, sampai sana terus kurus weiiiii, baru ler boleh shopping kat butik di Paris plak .....

    ReplyDelete
  2. inachomel : skurang2nya org tau kalau gi London boleh kurus..hahaha. Camni kita kena sewa tongkang indon pdatang haram nak sampai sana..hehehe

    ReplyDelete