Nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

SENI ATMANA : PENYERI RUANG TERHAD


Kebanyakan tanaman berbunga memang cantik ditanam sebagai tanaman hiasan menghiasi landskap kediaman, premis perniagaan seperti restoran, hotel dan pusat membeli belah. Namun, kecantikan beberapa jenis tanaman berdaun juga tidak boleh dipandang enteng seperti tanaman Ati-Ati yang persis bak pelangi menerusi warna dan corak menawan. Malah keindahan tanaman hiasan berdaun dari Kepulauan Jawa, Indonesia ini turut mengatasi tanaman berbunga seperti dipaparkan.

Pokok yang dikenali masyarakat tempatan sebagai pokok Ati-Ati yang berdaun cantik ini adalah
tanaman hiasan yang diminati sejak zaman dulu lagi. Namun, ia seakan tenggelam seketika sebelum diminati semula berikutan pelbagai kacukan yang menghasilkan dedaun sebegitu cantik. Tidak hairanlah, Ait-Ati ini dianggap antara pokok berdaun paling cantik berikutan kepelbagaian warna dan coraknya.

Biarpun popular sebagai Ati-Ati, nama saintifiknya adalah Coleus blumei tetapi kini ditukar pula kepada Solenostemon scutellarioides. Ia dikategorikan dalam famili tumbuhan Labiatae dan pokok yang mudah ditanam serta dijaga ini dikatakan berasal dari kepulauan Jawa.

Daunnya pelbagai bentuk, bercorak menarik dengan pelbagai campuran atau kombinasi banyak warna seakan akan warna pelangi. Tepatlah dengan nama gelarannya iaitu pokok pelangi (rainbow plant). Manakala bunganya agak kurang menarik bersaiz kecil berwarna ungu atau biru tumbuh dalam gugusan pada pokok yang sudah matang.

Pembiakan :

Ia senang dibiakkan dengan cara keratan batang matang. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh dibeli dari pusat tanaman atau pasar raya dan sebagainya.

Penanaman:

Ikuti langkah penanaman seperti berikut :-


Kerat beberapa hujung batang berdaun yang sudah matang kira kira 4 inci panjang dan tanggalkan beberapa helai daun yang paling bawah.

Celupkan bahagian keratan tadi dalam serbuk hormon penggalak akar.

Semai dalam medium pasir sungai.

No comments:

Post a Comment