Tadi kita hantar adik ke Senai Airport. Cian adik kita tercampak sorang ke Sabah, cuma sesekali nampaklah airmuka abah tu macam terkilan sebab dia mengharap sangat adik kita ni mengajar area Johor tapi dah arahan nak buat camnakan ustaz? hahaha
So far abah dah mula terimalah, sebab tawaran pun secara mendadak bagi masa 3 hari. Semua barang beli dengan kadar segera termasuk tiket flight. Kita adik beradik saje-saje buat lawak, lepas ni kita semua kerap fly ke Sabah. Abah senyum je....hehehe
Selalunya Opiq inilah penjaga rumah, kalau abah outstation jauh. Nampaknya lepas ni sapa ya kena tunggu rumah abah? Kita tak bersalah...hahaha. Masalahnya rumah abah tu siap pasang alarm pun dia bimbang tinggal lama. Orang tua agaknya camtulah...hehehe.
Dah 2x adik kita sms, tadi kat sini pukul 6.51ptg dia dah nak abis solat maghrib. Kita still online...hahaha. Seronokkan duduk sana, sejuk woooo! Takpe insyallah Mei kita ramai-ramai fly kesana. Seronoknya.
Hah! Jangan tak tau adik kita yang paling bongsu ni amik bidang agama masa dekat U. So bila ambil KPLI teruskan kesinambungan dalam bidang agama juga. Bagus adik kita yang sorang ni merealisasikan impian arwah mak kita. Mak kita nak sangat sorang anak dia terlibat dalam bidang agama. Alhamdulilah Opiq dah lakukan impian mak.
Untuk Opiq, oppppsss...ustaz selamat menjalankan tugas, ini bermakna dah masuk alam pekerjaan. Dunia belajar dan berkerja amat berbeza so tanamkan semangat berkerja dengan penuh ikhlas moga dapat rezeki yang halal.
ermm..semoga dia mengajar anak bangsa dengan penuh keikhlasan... sabah bah..
ReplyDeletesebak dan gembira ayu baca entry ini
ReplyDeletekepada ustaz opiq...kak ayu ucapkan tahniah menjadi anak yang mudah dibentuk oleh keduaibubapa...
tahniah dapat mengajar anak bangsa..tak kisah walau kemana sahaja kamu di hantar..
tapikan, orang sabah cun2 juga tau..hehehhehe
selamat bekerja kak ct....
Tahniahhh...! semoga terus maju jaya di tempat orang.
ReplyDeleteprinceduyong : Tkasih ya doakan adik kita...:)
ReplyDeleteCitarasa Rinduan : Jangan sedih2 ya...kita suka sbb dpt jalan slalu ksana...heheh
ReplyDeleteazieazah : Tkasih doakan adik kita...
ReplyDelete