Nuffnang

Sunday, January 2, 2011

LONDON JADI 'PETI AIS'



Selatan London diliputi salji pada 19 Disember dan ramalan kaji cuaca memberi amaran zaman ais mini akan berterusan hingga pertengahan Mac.

Jika penduduk di Britain berasakan cuaca musim dingin pada minggu lalu sudah begitu sejuk, maka mereka perlu tabahkan diri. Jabatan Kaji Cuaca negara itu meramalkan keadaan cuaca musim dingin lebih buruk bakal melanda dan ia adalah yang paling sejuk sejak Sungai Thames membeku lebih tiga abad lalu.

Suhu pada bulan lalu mencatat rekod paling sejuk dengan kadar purata bacaan hampir -1 Celsius, hampir enam darjah di bawah paras normal. Jabatan kaji cuaca memberi amaran bahawa musim sejuk ‘Zaman Ais mini’ kali ini dijangka berakhir pertengahan Mac dan ia yang terburuk sejak 1683-84.

Perangkaan di Jabatan Kaji Cuaca menunjukkan suhu purata dari 1 Disember lalu iaitu hari pertama musim sejuk hingga 8 Disember ialah -0.8� Celsius. Suhu ini menyamai rekod yang dicatat pada Disember 1890. Secara tradisinya suhu adalah paling rendah pada Januari serta Februari dan meningkat pada bulan seterusnya. Musim sejuk kali ini bakal mencapai takat beku tertinggi dalam tempoh 327 tahun.

Peramal cuaca, Brian Gaze daripada The Weather Outlook berkata: “Sungguh luar biasa apabila bacaan suhu mencapai -0, yang mana bacaan sama kali terakhir dicatat pada 1986. “Catatan suhu dijangka lebih rendah pada Januari dan Februari berbanding bacaan purata dengan salji lebih banyak di kebanyakan tempat di negara ini dan tidak mengejutkan sama sekali jika ia berterusan hingga pertengahan Mac.

“Cuaca paling sejuk biasanya melanda utara Britain dan ia akan berterusan hingga beberapa bulan.” Peramal cuaca di Internet, Ian Michael Waite pula berkata: “Kami menjangka Januari adalah bulan paling sejuk — nampaknya ia akan mengambil masa untuk kita keluar daripada zaman ais mini ini.” Pada musim sejuk 1683-84 yang mencatat rekod paling buruk, bacaan suhu antara Disember hingga Februari adalah -1.17. Celcius dan menyaksikan Sungai Thames menjadi taman tema musim sejuk yang dipenuhi pertunjukan boneka, gerai makanan, perlumbaan kuda dan boling ais.

Penulis, John Evelyn pernah menulis mengenai taman tema musim sejuk itu: “Kereta kuda berpusu-pusu datang dari Westminster ke Temple dan di jalan raya, kereta luncur salji bergelungsur di sana-sini, pertunjukan boneka, aktiviti pementasan singkat, perlumbaan kereta kuda dan gerai makanan semuanya bagaikan satu karnival di atas ais.” Bacaan suhu diambil dari rekod suhu bahagian tengah England yang meliputi kawasan London, Bristol dan Manchester sejak 1659 hingga kini.

Suhu sejuk melampau tahun ini disebabkan oleh tekanan tinggi luar biasa merentasi Greenland dan ditambah dengan tekanan rendah di Britain. Biasanya, tiupan angin barat dari Atlantik menyeimbangkan suhu di Kepulauan British pada musim sejuk.

Bagaimanapun, zon tekanan tinggi di utara Atlantik menghalang tiupan angin barat itu yang kini terpesong ke arah Iceland dan menyebabkan sebahagian besar udara sejuk Artik bertiup ke Britain membawa lebih banyak salji dan ais hingga suhu di negara itu merudum ke bawah 0.

Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca, Dave Britton berkata: “Apa yang tidak pernah berlaku ialah keadaan sejuk yang berpanjangan. “Kami pernah mengalami musim sejuk yang ketara pada Disember tetapi kali ini tempohnya lama dan jumlah salji juga banyak.

“Ramalan cuaca untuk beberapa hari lagi akan bertambah baik, tetapi kami perlu bertahan untuk menghadapi bulan paling sejuk mengikut catatan rekod. Pada Januari 1795 suhu purata menunjukkan bacaan -3.1 Celsius.”

Sumber : Hmetro

4 comments:

  1. Kalau sejuk memanjang x kuar rumah la jawabnya..tapi nanti boleh iglu..huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau kat Malaysia, kita nak sejuk.Dorang kat sana, tahu cam mana siksa dalam kesejukan. Takut pulak bila nak hadapi semua tu. Syukurlah kita di sini.

    ReplyDelete
  3. dari Kelate ke Copenhagen : Hehehe...iglu ya? kejap je tu...

    ReplyDelete
  4. Cik Ina : Mcm biasalah...kita kat sini banjir dorang salji...hehehe

    ReplyDelete