Terletak di tengah hutan Raub, Pahang menjadikan Casabrina Vacation Villa & Spa sebuah destinasi percutian yang sesuai kepada pencinta alam dan yang inginkan ketenangan.
Terletak di antara Selangor dan Pahang dan hanya mengambil masa satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, penulis baru-baru ini berpeluang mengunjungi ke destinasi yang berkonsepkan Bali dengan disambut oleh beberapa penyambut tetamu yang lengkap berpakaian tradisi Bali.
Merangkumi keluasan 10.9 hektar di kawasan lereng bukit serta pemandangan hijau gunung dan hutan adalah sesuatu yang boleh mendatangkan mood santai, segar, tenang serta lari sebentar dari kesibukan kota.
Satu lagi tarikan yang sukar ditemui di tempat lain adalah pada awal pagi sekitar pukul 6.30 hingga 7 pagi, pengunjung dapat melihat kabus terbentuk di sekeliling villa menjadikan seolah-olah pengunjung berada di atas awan.
KEUNIKAN NAMA DAN ILHAM PEMILIK
Pemilik Villa, Felix Tee, berkata ilham untuk membina villa yang beroperasi kira-kira enam tahun dan baru dikomersialkan kira-kira dua tahun yang lepas ini datang apabila beliau yang juga seorang ahli perniagaan sering berkunjung ke Bali atas urusan perniagaan.
"Sebenarnya villa ini adalah kediaman saya pada hujung minggu tetapi saya mula terfikir untuk menjadikannya pusat pelancongan yang berkonsepkan Bali kerana saya gemar dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Bali termasuk perabotnya serta mahukan sesuatu yang 'Ecogreen' dan baik untuk kesihatan," katanya.
Beliau berkata, buat masa ini hanya terdapat dua villa iaitu Villa Amertani dan Villa Aranya, yang kos pembinaannya kira-kira RM$7 juta setiap satu, di mana kesemua perabotnya diimport dari Bali dan diperbuat daripada kayu Berlian.
"Selain membeli perabot dari Bali, saya juga mempunyai kilang perabot sendiri yang khusus untuk membuat perabot bagi villa saya dan beberapa lagi buah villa yang akan dibangunkan tidak lama lagi," katanya.
Tentang keunikan namanya pula, beliau berkata Casabrina adalah bersempena dengan nama anaknya, Sabrina.
AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN
Pelbagai aktiviti luar yang mencabar fizikal dan lasak boleh dilakukan jika berkunjung ke sini antaranya aktiviti meredah hutan dan air sungai yang masih belum diterokai atau dicemari oleh orang ramai iaitu di 'Tanah Aina Farrah Soraya' yang terletak kira-kira 5 km dari villa.
Setelah meredah hutan kira-kira 10 minit pengunjung akan dapat menikmati kesejukan serta kejernihan air sungai dan air terjun yang dikelilingi pokok-pokok yang sukar untuk ditemui di tempat lain. Terdapat dua lagi air terjun yang mengambil masa perjalanan hanya 15 minit iaitu Jeram Besu dan Lata Berembun.
Selain Tanah Aina 'Farrah Soraya' terdapat dua lagi Tanah Aina yang berada dekat kawasan itu iaitu 'Azareena' yang kaya dengan dengan alam semulajadi dan buah-buahan tempatan dan 'Farouq' yang kaya dengan buah-buahan tempatan dan terdapat kolam ikan bagi kaki pancing.
Jika pengunjung tidak gemarkan sesuatu yang mencabar fizikal, mereka juga boleh ke Bukit Tinggi Fraser yang terletak kira-kira 40 km dari villa dan hanya mengambil masa setengah jam.
Satu lagi tempat yang boleh dituju adalah puncak bukit villa di mana pengunjung dapat melihat panorama bukit yang menghijau serta melawat perkampungan Orang Asli yang terdapat di sekitarnya.
Bagi kaki pancing pula terdapat sebuah kolam ikan Patin dan ikan Kelah di mana mereka boleh menangkap ikan namun dilepaskan semula selain aktiviti memberi ikan makan.
KEUNIKAN VILLA
Villa yang mendapat status enam bintang itu juga mempunyai banyak kemudahan yang dianggap berbaloi antaranya kolam renang, jakuzi dan sauna, selain pantri yang boleh diguna 24 jam.
Semasa bersantai di tepi kolam renang pengunjung akan diperdengarkan dengan alunan lembut muzik berkonsepkan bali yang boleh mendatangkan lebih ketenangan.
Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan Spa dan refleksologi kaki daripada tukang urut profesional yang didatangkan khas dari China, selain khidmat pengasuh anak kecil.
Selain pengangkutan darat dari Kuala Lumpur, perkhidmatan helikopter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lapangan terbang Subang turut disediakan.
PAKEJ YANG DITAWARKAN DAN RANCANGAN MASA HADAPAN
Pakej yang ditawarkan untuk satu malam adalah serendah RM$1,600 sehingga RM$8,875 untuk satu bilik beserta dengan sarapan pagi dan tukang masaknya adalah tukang masak persendirian yang mahir memasak apa sahaja jenis masakan seperti Barat dan Asia.
Jika pengunjung mahu sesuatu yang lebih mewah pakej berharga RM$6,500 sehingga RM$12,000 juga disediakan dengan dilengkapi hidangan makanan sehingga makan malam dan pengunjung boleh meminta apa sahaja jenis masakan.
Bagi yang ingin menginap selama tiga hari dan dua malam pakej berharga RM$13,000 hingga RM$24,000 juga ditawarkan.
Sebagai rancangan masa hadapan, Casabrina Villa akan membina sembilan buah lagi villa yang mempunyai keunikan masing-masing iaitu Villa Melayu, Villa Atas Awan, Villa Air, Villa Mayomaya, Villa Kacapuri, Villa Agra, Villa Plava, Villa Gita Giri dan Villa Ulul Thani.
Kesemua villa ini dijangka siap pada tahun 2012 dengan tambahan padang helikopter mendarat selain pelbagai lagi landskap yang dalam pembinaan.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut dan pakej yang ditawarkan di Casabrina Vacation Villa boleh melayari laman web www.casabrina.net
Sumber : Bernama

Good info, kak ct.
ReplyDeleteKakchik : U are welcome...
ReplyDelete