Nuffnang

Saturday, January 8, 2011

KANAK-KANAK 3 TAHUN TERJATUH LONGKANG MATI DI KUANTAN

Kanak-kanak berusia tiga tahun, Durrani Arfah Masrol, yang dilapor hilang ketika bermain air sebelum terjatuh ke longkang berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Putat, Dungun, Terengganu Jumaat lalu ditemui terdampar di Pantai Cherok Paloh di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui seorang nelayan yang hendak turun ke laut untuk menahan pukat pada 2.30 petang semalam.

"Mangsa ditemui terdampar di tepi pantai dalam keadaan terlentang. Ketika dijumpai mangsa memakai seluar panjang hitam tanpa baju.

"Selepas dibuat pengecaman oleh ibu mangsa hari ini mengesahkan bahawa mayat berkenaan adalah Durrani berdasarkan gigi, rambut dan tanda lahir di dada mangsa," katanya di sini, hari ini.

Durrani dilapor hilang ketika bermain air bersama dua abangnya berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Putat, Dungun kira-kira jam 1.30 petang Jumaat lalu.

Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan selepas kejadian itu bagaimanapun dihentikan selepas empat hari dijalankan.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment