Nuffnang

Sunday, January 9, 2011

EDISI SURPRISE UNTUK MAT GEBU

Seperti yang telah dijanjikan pada 8 Januari 2011 jam 12.15tgh kita buat edisi terjah rumah Mat Gebu. Walaupun buat keputusan yang agak lewat jam 1.30pg bersama Ayu@Citarasa Rinduan tapi akhirnya terlaksana juga dengan jayanya.

Ikut perancangan awal untuk berjumpa dengan Ayu @ ruhayurazali.blogspot.com jam 1.00tgh terpaksa ditukar masa lebih awal memandangkan Ayu ada hal yang tak dapat dielakkan tapi tiada menjadi masalah bagi kita keranamu Mat Gebu...:)


Kita bersiap-siap jam 10.00pg dengan anak daraku, Aja @ lovekiwiyumichi.blogspot.com. Bedezup kita melalui highway menuju Tesco Kulaijaya. Wah! Sampai dulu jam 11.15pg. Rilek-rilek dekat parking Tesco sambil menunggu Ayu sampai. Biasalah sempat posing dalam kereta dengan anak dara kita yang sorang ni...ahaks




Akhirnya seperti yang dijanjikan di Tesco kemudian kami pun konvoi dengan 3 buah kereta menuju rumah Mat Gebu. Paling depan kereta Ayu sebab dia ketua rombongan Cik Kiah...hahaha diikuti kereta kita dan Cikgu Azaref @ ibnunaeem.blogspot.com. Wah! Seronok juga ya sesekali konvoi beramai-ramai.



Hah! Kawan-kawan jangan tak tau kalau nak sampai rumah Mat Gebu korang kena tengok dulu panorama ladang kurma. Bagi yang berminat bolehlah turun untuk snap gambo dan sebagainya. Rugi nko tak snap gambo. Ini kerja anak dara kita minat sangat dengan pokok-pokok kurma. Ya! hamfun...hahaha


Akhirnya sampai juga kita ke teratak Mat Gebu, sejuk mata kita memandang rumah jejaka idaman Himalaya. Korang nampak tak Mat Gebu kat balik langsir tuh? hahaha. Masa kita sampai Mat Gebu yang buka pintu, dengan penuh ramah tamah, adikku Mat gebu menjemput masuk. Terharu kejap...:)



Ni kerja giler kita, sempat kita skodeng pasu Mat gebu...hahaha. Al maklumlah kita ni minat dengan pasu-pasu. Mintak hamfun ya Mat, akak skodeng masa nak balik...hahaha



Kek hasil masakan Mat gebu yang telah kita baham beramai-ramai. Nama apa kek ni akak pun tak tahu tapi yang penting atas ada strawberi. Sedap sangat-sangat! Cian nko masa kita sampai Mat baru selesai memasak. Berpeluh jantan jejaka idaman Himalaya ni...hahaha. Tima kasih ya Mat susah payah untuk akak dan kawan-kawan semua.



Tengok air tangan Mat Gebu sedap tak? Jangan jelez ya memang sedap sangat, sangat, sangattttt...hehehe. Siapalah yang bakal bertahta di hati Mat Gebu. Untung bebeno dapat suami yang pandai memasak. Mudah-mudahan ya Mat, akak doakan yang terbaik. Amin.



Nasi ayam menjadi menu hidangan masa kita sampai. Tak pasal-pasal kita dah 'menderhaka' diri sendiri demi Mat Gebu. Acctually kita tak amik nasi dah seminggu tapi teruja tahap gaban oleh masakan Mat Gebu kita pun makanlah sikit nasi ayam air tangan Mat Gebu yang marbeles nko. Perghhh! terliur...


Tengok pinggan mangkuk Mat Gebu je dah buat kita semua berselera nak makan. Kalau tak makan pun dah kenyang tengok pinggan makan Mat ...hahaha



Mat apa akak nak panggil benda alah ni? Panggil bakul eh, akak berkenan cantik sangat-sangat sebab tu kita snap. Cantiknya cumil-cumil tersusun rapi atas almari.



Ini dia barang-barang antik yang menjadi pojaan hati kita. Wah! Calitlah kita sejiwang yang sama. Pecinta koleksi barang-barang antik gitu. Mat Gebu lagi banyak koleksinya berbanding kita. Alah, kita punya seciput je. Macam takleh lelap mata tengok barang-barang Mat Gebu semalam. Cantik sangat-sangat. Huh! Teruja nko.


Tengoklah lagi banyak tak? Kalau tak silap kita ada 5 almari yang menempatkan barang-barang antik yang kebanyakkannya koleksi pinggan mangkuk dari dalam dan luar negara. Respect betul dengan jejaka idaman Himalaya ni....hehehe



Anak dara kita yang terjunam dalam dunia blog sebab teruja dengan Mummy dia...hahaha. Dia pun tak melepaskan peluang join 'Edisi Terjah Rumah Mat Gebu' semalam. Semalam anak dara kita jadi bibik Mat gebu kejap, kita suruh cuci pinggan mangkuk rumah Mat Gebu, bukan apa kesian dengan Mat yang tak henti-henti melayan tetamu. Thanks Aja ikut ibu semalam. Bestkan?



Wah! Ayu dengan bangganya bergambar dengan tiffinbiru yang menjadi trademark Mat Gebu. Alhamdulilah dapat juga berjumpa dengan Ayu walaupun sekejap, kita paham situasi dia yang agak sibuk dengan perniagaannya. Umai comellah sayang!


Itu dia 2 jejaka idaman Malaya,...hehehe. Si baju merah cikgu Azaref @
ibnunaeem.blogspot.com dan Ayie @ blog-ayie.com yang baru sampai ketika kami nak balik. Secara kebetulan 2-2 jejaki ni merupakan student UTM tempat kita bertugas. Insyallah ada kelapangan kita jumpa lagi ya semua.



Hah! Apa lagi kalau tak dapat sentuh tiffinbiru kalau dah sampai rumah Mat Gebu. Sempat kita posing nko dengan bangganya...hehehe. Yes I likes!

Buktinya kita dah sampai rumah Mat Gebu semalam. Nak tengok tak Mat Gebu? Inilah wajah idaman jejaka Himalaya yang dinantikan oleh semua orang. Jom scroll bawah, kita terjah Mat Gebu.











Jeng




















Jeng

















Jeng














Jeng
























Jeng



















Jeng











Jeng










Inilah Mat Gebu yang korang nak sangat tengok...hahaha. Encem tak? hahaha. Untuk Mat Gebu, Bak dan Mak Yah terima kasih atas layanan semalam hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sekali lagi nak wish 'Happy Besday' moga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendakNya. Moga cepat-cepat bertemu jodoh. Eh! nampaknya kena rewang ni...ahakss

Maafkan akak ya, kalau ada salah dan silap sepanjang di rumah Mat semalam. Moga Mat Gebu terus maju di masa hadapan. Amin.



14 comments:

  1. hehe..tu trademark MG tu...
    saya dah sms ayu pagi td, tak dapat join...

    ayu masak mee bandung ke?

    ReplyDelete
  2. salam..

    kak ct.......thanks join esisi kejutan utuk cik mat yer
    cik mmg sangat happening..rugi siapa yang tak kenal dengan beliau..

    kalau terkurang/terlebih terhadap edisi ini maaf dipinta..ini yang mampu ayu buat untuk kita merapatkan ukhwah sesama kita...

    but, kak sangat cantik..terpaku ayu..

    ReplyDelete
  3. Salam CT,
    Uwaaa....seronoknya dpt jumpa Mat Gebu...Yatie pun tak dpt turut sertalah hari ni..apa pun satu hari nanti pasti jumpa juga..insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Salam kak CT..waaa..akaknya N3 suspen jeee..hahaha, terima kasih hadiah semalam tu..ada makna tuuu..minta maaf jika ada terkurang yeaa...

    ReplyDelete
  5. eqbalzack : Tu la nape tak join...best tau. Ddk JB ke?

    Aah...ayu bwk mee bandung...sedap sgt

    ReplyDelete
  6. Citarasa Rinduan : Sama2 kasih Ayu...aah mmg best sgt smlm. CMG mmg ngetop...hehehe

    ReplyDelete
  7. Yatie : Kita pun ni 1st time, mmg baik sgt Mat Gebu...nk jumpa realiti jom lenkali join CT pun boleh...bukan jauh pun dekat je rumah kita...hehehe

    ReplyDelete
  8. Lelord : aah...mmg best sgt...nape x join...jom la lenkali ikut je kita...hehehe

    Jumpa Ayu pun semalam tapi dh mcm jumpa dah lama je..hahaha

    ReplyDelete
  9. Mat Gebu : Wslm. Yeaaaa kena angguk2 kepala ni ada tetamu fofular masuk blog kita...Bestlah Mat layanan semalam, tima kasih eh..

    ReplyDelete
  10. Huh.. akhirnya, saya dapat tahu juga url ke semua blogger itu termasuklah url blog anak dara sis :D

    ReplyDelete
  11. Ayie : Thanks ya masuk blog akk :)

    ReplyDelete
  12. huhuhu.. tak kisah pun.. cuma kalau boleh.. tukarlah widget music tu.. sebab ia tak boleh di stop la lagunya

    ReplyDelete