Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.
Ermmm...Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan rumahtangga. Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.
Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.
"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)
Ermmm....Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada orang yang jadi mangsanya.
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.
Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.
Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.
"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.
Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.
Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka apatah lagi ahli keluarganya.
Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.
"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)
Melalui pemcaan artikel ini sudah cukup jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.
Assalamualaikum...saya nak minta izin utk link artikel ini boleh?
ReplyDeleteMaaf x sempat nak menjengok sini. Saya izinkan, ambillah ya...:)
DeleteSalam..sy nk share artikel ni ke fb boleh
ReplyDeleteWslm...Maaf x sempat nak menjengok sini. Saya izinkan, ambillah ya...:)
DeleteAsSalam... sy pun nak share article ni dgn kwn2 FB... Jazakallahukhairan
ReplyDeleteWslm...Maaf x sempat nak menjengok sini. Saya izinkan, ambillah ya...:)
Deleteassalamualaikum,sy mintak izin tok share yew..
ReplyDeleteshaheera
DeleteWslm...Maaf x sempat nak menjengok sini. Saya izinkan, ambillah ya...:)
Bahaya sebarkan fitnah ini. Yang ketara sangat sekarang ialah fitnah di facebook. saya cukup takut dengan keadaan ini. Ada berita sensasi sikit, ramai yang sibuk share. Entah betul, entah tak. Jadi, kita perlu berhati-hati. Tak nak lah, amal ibadat kita jadi zero pula di akhirat nanti. Setuju tak?
ReplyDeleteNorehan...betul tuh, biarlah org fitnah kita..sedangkan dia tahu hukum memfitnah...tengokkan je...(:
DeleteSy minta izin utk share artikel ini ke fb sy. Mudah2an org yg memfitnah sy itu akan membacanya & memperolehi kesedaran :)
ReplyDelete...Maaf x sempat nak menjengok sini. Saya izinkan, ambillah ya...:)
ReplyDeleteSalam. Saya mahu tanya.. kalau sesorang itu telah memfitnah dan ianya memakan masa lama.. tp akhirnya belia sedar dan bertaubat. Adakah Allah menerima taubatnya?
ReplyDeletewslm. Maaf saya bukan kaunselor atau arif dlm bidang agama tp boleh jugak membantu.
DeleteAllah maha pengampun pada umat bilamahu ke jalan yg benar. Insyallah...
assalamualaikum... mohon share
ReplyDeletewslm..silakan!
Deletemohon share ke link fb blh...
ReplyDeleteslm..silakan!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMohon Share artikel ini..
ReplyDeletedan sy nak tahu ape hukum menjadi pengikut pemfitnah pulak?
silakan!Saya bukan kaunselor atau arif dlm bidang agama...
DeleteHukumnya berdosalah..kan Allah suruh umatnya melakukan pkara yg baik2..
Mohon Share artikel ini. TQ ;)
ReplyDeletesilakan!
Deletesaya sedih adik saya difitnah,ipar sya memfitnahnya yg adik sya berfoya-foya.saya sedia maklum yg ipar sya ne non muslim kurang pengetahuan agama.namun menjadi2 apabila isu tu di sebarkan ke fb,sehinggakan ipar saya mengatakan 'pakai tudung tapi suka berfoya-foya'...mengapa isu menutup aurat diutarakan,bingung bagaimana mengatasi org sebegini
ReplyDeleteBerbuat sesama umat sangat digalakkan...org yang suka memfitnah dia tahu sebenarnya hukum..tp fitnah orang tukan 'sedap'...
Deletemohon share ye.. :)
ReplyDeletesilakan..
Deletemiss lala.. bila sesuatu kebencian bertahta di hati seseorang mereka akan lebih cenderung kepada 1 keburukan iaitu fitnah....
ReplyDeleteyup betul2...
Deletesaya suka article ini. saya mohon share utk nota. ;o)
ReplyDeleteterima kasih..silakan
Deleteizinkan saya bertanya, jika seseorang yg menyebarkan berita buruk mengenai kehormatan seseorang tetapi pada asasnya perkara itu adalah benar....adakah sama seperti menyebarkan fitnah seperti dalam artikel???
ReplyDeleteGhibah dan Buhtan
Delete• Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
• Ghibah-menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk. Buhtan-memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
• Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."
(Riwayat Muslim)
Salam....saya juga mohon untuk share artikel ini ke fb. Terima kasih.
ReplyDeletesilakan....
Deletesalam..saya juga mohon share artikel ini ye..
ReplyDeleteSalam, sy mohon share artikel ini ye, terima kasih..
ReplyDeletemohon share..
ReplyDeletemohon share.
ReplyDeleteSalam...saya minta share artikel ini...
ReplyDeleteMohon share
ReplyDelete