Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.
Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.
Kita bercakap untuk diri sendiri. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu memang tidak dinafikan tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya.
Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.
Maka belajarlah memujuk diri sendiri. Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.
Ermm..boleh ke kita camtu?
Terima kasih dengan entry ni...macam memujuk saya yang tengah moody ni....
ReplyDeleteroslaini saad : Sama2 kasih...kita serupa gaknya :)
ReplyDelete