Nuffnang

Tuesday, February 1, 2011

IMAN DAN NAFSU


Kehidupan di dunia ini kadang kala penuh dengan dugaan. Yang di namakan dunia tidak lepas dari dugaan dan godaan. Antara iman dan nafsu, manusia kekadang terjelumus dengan pelbagai dosa - dosa yang sekecil - kecilnya hingga sebesar- besarnya. Mengapa ada pasang dan surut iman kita?

Kekadang kita sendiri termenung memikirkan antara iman dan nafsu. Antara iman dan nafsu sesuatu yang tidak dapat di jauhi dari diri kita sendiri. Sama ada iman rendah dan nafsu mengatasi keimanan seseorang menjadikan diri bertunjangkan nafsu. Tetapi apabila iman mengambil alih maka diri akan menjadi seperti malaikat. Mengapa mesti ada pertukaran antara iman dan nafsu?

Ermm...termenung sejenak, mengapa kadang kala kita lalai mengikutkan nafsu kita dan meletakkan iman serendah- rendahnya? Mesti ada bahan reaktif kan semua itu bukan? Itulah kerja syaitan, kerja iblis sentiasa menghasut dan mendorong kita supaya mengikuti nafsu dari iman kita sendiri. Macam mana nak halau syaitan dan iblis itu dari sentiasa ingin menguasai akal kita.

Perbanyakkan bermuhasabah diri, berzikirlah dan sentiasa mengingat mati serta sentiasa melawan nafsu. Kita juga boleh melawan nafsu dengan mengawal diri dari pergi ke tempat - tempat yang boleh mendatangkan fitnah dan sentiasa mengawal pertuturan kita. Sentiasa mengingati azab neraka, sentiasa mengingati pembalasan bagi orang- orang yang ingkar dengan perintah Allah.

Seterusnya berpandanglah baik terhadap manusia yang kita nampak dia sentiasa berzikir ke mana sahaja, dan berpandanglah baik pada sesiapa yang melakukan kebaikkan sama ada yang terang iaitu yang kita ketahui atau yang tersembunyi.

Ermmm...memang akui, untuk menjadi terbaik iaitu hamba Allah yang sentiasa patuh pada suruhanNya dan menghindar segala laranganNya adalah sesuatu yang payah di lakukan oleh umat islam akhir zaman kerana godaannya terlalu hebat. Tapi kita kena yakin, dunia ini adalah satu tempat yang sementara dan tidak akan kekal. Adakah patut kita tergoda akan nya?

Sehinggakan terlupa pada kehidupan yang patut kita utamakan? Kesedaran demi kesedaran akan luntur jikalau hati kita sendiri tidak merasa insaf di atas kebesaran Allah. Kebanyakkan umat islam terlalu mengikuti nafsu mereka dan terikut dengan godaan syaitan secara terus menerus dan menyebabkan tiada lagi keinsafan pada diri mereka dan hanyut tanpa hala tujuan hakiki apabila tiba hari kiamat.

Sama ada anda masih menyediakan alasan untuk kekal dalam kemaksiatan atau mengorak langkah untuk bertaubat ke jalan Allah. Hanya Anda yang mampu membuat, tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment