Nuffnang

Saturday, January 1, 2011

MAIZAWATI EX WIFE AKHIL HAYY KEMALANGAN

"Saya bersyukur kandungan selamat walaupun doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil," kata Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas kereta dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Selasa lalu.

Beliau yang mengandung hampir lima bulan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.15 pagi selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U dan memasuki laluannya.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan dirinya pengsan selain beberapa anggota badan cedera termasuk di dahi dan patah tangan kiri hingga terpaksa dirawat di hospital itu.

Katanya, tiga anaknya iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shariff Hidayahtullah, 12; dan Siti Nur Maisarah, 13, bernasib baik kerana hanya cedera ringan manakala suaminya, Mohd Yasin Ben@Abdul Rahim, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sejurus sebelum kejadian, saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan kami ke Stesen Bas Medan Gopeng untuk ke Singapura," katanya.

Sumber : Bharian

2 comments:

  1. wah... scary meh ini kisah..
    nasib bek xd pape..

    ReplyDelete
  2. SITI HAJAR MISWAN : Tgk dlm paper...tanpe makeup pun cantik Maiza ni...

    ReplyDelete