Nuffnang

Friday, January 28, 2011

MANUSIA MUDAH LUPA

Sekadar renungan bersama di hari jumaat yang membawa seribu pengertian, moga akan datang membawa seribu keinsafan.

Ya Allah, manusia selalunya bersemangat bila bercerita tentang cintanya. Cinta kepada manusia, kepada kemewahan, kepada cita-cita, dan macam macam lagi serta cinta yang nafsu dihembuskan kepada kita. Lantaran kencangnya tiupan nafsu, kita sering terpelanting ke sana-sini berusaha menunaikan rasa cinta yang tidak ada puncak kepuasannya.

Kealpaan diri serta asal usul diri, kerakusan kita serta tamak mencari cinta manusia sering membuat harga diri kita jatuh menjunam ke tempat yang tidak seharusnya kita campak. Ketamakan kita kepada harta acapkali mengheret kita ke daerah tekanan yang tidak pernah kita idamkan, malah membenci, dan ketaksuban kita kepada cita-cita kerap membuat kita merasa diri hebat dan taksub mendaki bukit cita-cita.

Akhirnya kecundang jua dan kembali ke tempat asalnya.

2 comments:

  1. sebab tu cinta kepada makhluk ni kene berpada-pada kan kak..

    ReplyDelete
  2. gadisBunga : Betul akk sokong...kena cantas...kesian luka kena gunting rumput...bdarah dah...lallalaa

    ReplyDelete