Nuffnang

Monday, January 24, 2011

MENGHADIRI BENGKEL DI PNM


Pagi ini kita dah berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Bengkel Pempakejan, Pemasaran dan Penyampaian Maklumat di Perpustakaan Negara Malaysia, bersama beberapa peserta dari Malaysia. Malam tadi jumpa seorang peserta dari Sarawak yang secara kebetulan kami satu hotel dan pernah menjalani kursus bersama 3 tahun lepas. Sempat kami bersembang di lobi hotel.

Untuk semua blogger dan silent readers, salam pagi isnin, hiasi diri dan jaga peribadi. Mulakan tugas pagi ini dengan penuh kesempurnaan dan amanah. Moga apa yanng kita lakukan mendapat keberkatan dunia akhirat.


Ingat setiap tindak tanduk perjalanan kehidupan kita semua berlandaskan Islam yang hakiki. Bila kita sudah terjerumus kesatu lembah, bagaimana? Bangkit, terus ke arah yang benar dan realiti.

Dari itu hiasi budi pekerti kita, rumahtangga kita dan percaya dengan setiap yang mendatang itulah ujian. Tangani dengan sikap bertenang. Kita percaya sekiranya kita berada di pihak yang benar Allah redha perjalanan hidup kita.

Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri.

No comments:

Post a Comment