Nuffnang

Saturday, January 15, 2011

POKOK KACUKAN


Sebelum ini kita membicarakan panjang lebar mengenai pokok bunga kertas atau ‘bougainvillea’ yang sememangnya tanaman hiasan popular sejak berzaman lamanya, kali ini, seperti dijanjikan, kita mendekati pelbagai cara mempamerkan pokok bunga menarik ini.

Namun, berbanding kaedah yang disenaraikan di atas, teknik kahwin pokok yang merujuk batang atau tunas pokok yang baik dicantumkan kepada pokok kurang baik, disifatkan paling menarik kerana selain memaparkan kerajinan dan kreativiti individu, ia juga mampu menghasilkan pokok idaman yang lebat bunganya dan pelbagai warna.

Teknik cantuman :

Ada beberapa cara atau teknik cantuman atau dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai ’grafting’ yang boleh dilakukan. Contohnya seperti cantuman dekatan atau sanding, cantuman mata tunas, cantuman belahan seperti cantuman baji dan sebagainya.

Namun cantuman baji adalah yang paling mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu saya akan tunjukkan cara mudah melakukan ’kahwin’ pokok bunga kertas menggunakan teknik cantuman baji.

Sumber : Bharian

No comments:

Post a Comment