Nuffnang

Saturday, January 15, 2011

MARAH BINI HEMPAS ANAK

Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang.

Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah selepas pulang daripada berniaga.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment