Nuffnang

Friday, January 7, 2011

RATIB SAMPAI PAGI


Penduduk Kampung Sungai Kab, Lubuk Merbau dekat sini, mahu pihak berkuasa menyiasat kegiatan kumpulan tertentu yang dipercayai menjalankan aktiviti keagamaan mencurigakan di sebuah rumah terpencil di kampung itu.

Penduduk mendakwa, tindakan pemilik rumah itu yang mengajak sebahagian pengikut ke rumahnya dua kali setahun menimbulkan tanda tanya apabila mereka memberi alasan hanya untuk mendalami ilmu agama.

Tinjauan Berita Harian di sekitar rumah itu baru-baru ini mendapati premis itu kosong, manakala tingkapnya dipasang langsir kuning.

Selain itu, tinjauan mendapati terdapat banyak pinggan mangkuk dan peralatan perabot di dalam rumah berkenaan dan ia dipercayai digunakan ketika ketua dan pengikutnya berkumpul.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sopiah, berkata pada mulanya dia tidak syak apa-apa dan menyangka mereka melakukan perjumpaan tahunan, tetapi apabila memerhatikan gelagat mereka yang datang, termasuk golongan kenamaan yang berkereta mewah dan berada di situ sehingga 10 hari, dia mula tidak sedap hati.

"Ketika berkumpul kami ada mendengar mereka beratib dengan kuat, selain bersolat sehingga awal pagi selepas Isyak.

"Mereka turut mengadakan jamuan ketika berkumpul dua kali setahun dan kami berharap Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menyiasat kerana bimbang ia dijadikan markas ajaran sesat," katanya kepada Berita Harian.

Sopiah berkata, ada antara mereka yang datang itu membawa ahli keluarga dan anak kecil dan berdasarkan maklumat yang diperolehnya, pengikut kumpulan berkenaan akan diasingkan antara lelaki dan perempuan walaupun mereka suami isteri atau adik beradik.

Katanya, pengasingan itu akan berlangsung selama mereka berkumpul di situ.

"Ruangan antara lelaki dan wanita dipisahkan dengan memasang dinding zink yang tinggi supaya mereka tidak dapat melihat pengikut berlainan jantina sepanjang tempoh berkumpul.

"Ia adalah antara amalan yang pelik diamalkan kumpulan itu dan kami mengesyaki ada yang tidak kena dengan kumpulan terbabit," katanya.

Sumber : Bharian

4 comments:

  1. gadisBunga : Nak abis cmna...ratib sampai pagi...hahahha

    ReplyDelete
  2. kte xbole kate ssesuatu tu sesat slagi kte sndiri x mndalami ilmu agama.kte sndiri yg jahil,mnimbulkan fitnah pula kpd phk lain..

    ReplyDelete
  3. Anonymous : kalau mnimbulkan keraguan tak salahkan menegur atau diperbetulkan...bukan menuduh...it just siasat...tak salah...

    ReplyDelete