Nuffnang

Friday, January 7, 2011

TARIK NAFAS HILANG MARAH

Jika seseorang itu berada dalam keadaan marah, mereka perlu beredar daripada tempat kejadian ataupun menarik nafas panjang bagi menghilangkan kemarahan itu,” kata Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar.

Katanya, cara itu penting bagi mengelak berlaku perkara lebih buruk sehingga membabitkan kematian atau kecederaan parah akibat tidak dapat mengawal kemarahan seterusnya bertindak agresif. “Jika beragama Islam, individu boleh beristighfar dan mengambil wuduk untuk meredakan kemarahan,” katanya. Beliau mengulas kejadian menimpa seorang lelaki berusia 35 tahun yang parah selepas ditikam di belakang badan, leher dan pipi oleh tuan rumahnya hanya kerana mangsa gagal melunaskan sewa RM400 di Jalan Ipoh.


Ketika mengulas mengenai betapa mudahnya individu kini mengambil jalan sendiri menghukum orang lain dengan cara kekasaran, beliau berkata, ia berpunca daripada tekanan hidup. “Banyak tekanan berlaku termasuk di segi perhubungan dan karier sehingga mendorong mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan bertindak melulu,” katanya. Oleh itu, katanya, amalan gaya hidup sihat, termasuk senaman dan pengambilan makanan yang betul selain berhubung dengan keluarga amat penting bagi mengatasi tekanan. Selain itu, katanya, perangai individu juga boleh berubah dan menjadi agresif dengan pengambilan dadah. Akhbar semalam melaporkan hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, mangsa yang parah itu akibat ditikam pemilik rumah terbabit di rumahnya.

Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika tuan rumah terbabit datang memungut duit sewa. Mangsa menyewa rumah milik suspek sejak setahun lalu, namun disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan.

Sumber : Hmetro

2 comments:

  1. info yang baik nie...
    inilah keadaan yang selalu ayu amalkan untuk kawal marah dgn pekerja citarasa rinduan...

    kak ct, esok jadi>>????

    ReplyDelete
  2. Citarasa Rinduan : Betul tu..

    Note : Jadila my dear....akk dh msg tu...

    ReplyDelete