Nuffnang

Wednesday, February 2, 2011

JANDA DI CEKUP

Seorang janda berusia 28 tahun nyata tidak serik melakukan maksiat apabila dua hari berturut-turut dicekup khalwat bersama pasangan berlainan dalam serbuan di rumah kosong di Kampung Lembaga, awal pagi kelmarin, malah lebih mengejutkan seorang lagi janda berusia 29 tahun turut ditemui dalam bilik di rumah berkenaan bersama temannya.

Serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan sepasukan Skuad Amru bersama Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Penolong Penguatkuasa Agama Jajahan, Husnie Adabi Abdul Kadir.

Dua pasangan itu dipercayai menceroboh masuk ke rumah terbabit menerusi tingkap berikutan tindakan pemiliknya mengunci pintu.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, serbuan dilakukan pasukan penguatkuasanya selepas menerima maklumat orang awam berhubung kehadiran dua pasangan bermadu kasih dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa juga terpaksa memanjat rumah itu menerusi tingkap untuk melakukan pemeriksaan terhadap kediaman berkenaan, namun tidak sempat menahan teman lelaki dua wanita terbabit yang meloloskan diri.

“Sebaik memasuki rumah terbabit, kami menemui dua janda termasuk seorang daripadanya pernah ditangkap khalwat sehari sebelumnya di Kampung Jerek Kaling.

“Pagi ini (kelmarin), janda yang tinggal di Kampung Sungai Terah sekali lagi dicekup berkhalwat dengan teman lelaki lain pula, namun lelaki itu melarikan diri manakala wanita berkenaan tanpa segan silu mengakui kerap menukar teman lelaki,” katanya.

Menurut Anuar, kedua-dua janda itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut serta dibebaskan dengan ikat jamin.

Beliau berkata, walaupun teman lelaki masing-masing berjaya meloloskan diri, tetapi dua janda itu tetap didakwa berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, 5 April depan.

Nota kaki : Ini masalahnya kerana sikap segelintir janda yang tidak pandai menjaga maruah dan harga diri, semua terpalit...lalalala

5 comments:

  1. salam ct, maaf mengganggu..sy ada terbaca coretan ct psl pembedahan polip..adakah sama dgn sinusitis?

    Nak tanya ct berapa kos pembedahan tu eh??psl sy rasa sy pun ada masalah yg sama..rs hidung, telinga n kepala mcm beradang je..takut sgt..harap ct boleh reply to my email about it...

    best regards,
    iffa

    ReplyDelete
  2. Asu : Boleh sgt....nnt kak CT send emel ya ...

    ReplyDelete
  3. Asu : Boleh tinggalkan emel tak? Mana emelnya my dear...

    ReplyDelete
  4. nak charge macam mana kalau tangkap janda tu sorang aje.Setakat mengaku hari ni,bila naik mahkamah boleh tukar cerita. Teman lelaki yang lolos bukannya boleh ditangkap. Jadi kerja kerja untuk mendapatkan bukti bukanlah senang kecuali jabatan agama tangkap gambar sebelum tangkap pasangan

    ReplyDelete
  5. Panglima Muda : lenkali pkara camni...tangkap ikat kat tiang letrik dulu....pastu amik gambo...kata nak posing sgt kan...kan...hahaha

    ReplyDelete