Pejam celik 2011 sudah ke penghujung Mac. Bukanlah mahu menakutkan anda semua tetapi hanyalah untuk anda berfikir sejenak tentang perkara ini. Bumi ini sudah terlalu tua dan Rasullulah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dan jari tengah sahaja. Kini sudah lebih 1400 tahun ia berlalu dan boleh dikatakan semua tanda kecil kiamat sudah terjadi, hanya menunggu tanda-tanda besar untuk terjadi.
Begitu juga usia kita semakin hari semakin berganjak. Kita memang akui dalam usia 45 tahun yang kian meniti senja, begitu juga suami kita yang mencecah usia 44 tahun. Kita tidak malu untuk memperkatakannya pada pihak umum tentang usia sebenar memandangkan kita juga punya anak remaja yang kian membesar, banyak perkara kita perlu sedar dan bukan masih berkhayal dalam duniawi yang belum tentu menjanjikan apa-apa.
Inilah yang selalu kita berpesan-pesan dan saling mengingatkan pada incik asben bila duduk bersembang berdua. Sudah sampai masanya kini kita berubah dan kembali bangkit menuju akhir zaman.
Terasa begitu sekejap sahaja masa berlaku tanpa kita sedari. Semakin hari semakin tua usia kita dan semakin hampir kita kepada saat kematian. Ingatlah tiada yang kekal selamanya melainkan Allah s.w.t.
Tetapi perasankah kita semua, permulaan 2011 ini penuh dengan pelbagai peristiwa seakan memberi petanda kepada kita. Bagi yang peka dengan keadaan sekeliling mungkin perasan dengan perubahan ini, tetapi bagi yang kurang mengambil tahu mungkin masih tidak tahu dan terus hanyut dengan dunia nafsu yang serakah serta terlalu mengejar keduniaan semata-mata. Nauzubillah, harap di jauhkan anak-anak serta generasi kita semua.
Saling ingat mengingati sesama manusia, hidup insyallah dan mati sudah pasti dari itu perbanyakkan bertaubat.

No comments:
Post a Comment