Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isteri. Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya. Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih.
4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari perkongsian bersama juga.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Kalau nak ajak tetamu bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah membuat persediaan masakan dan mengemas rumah cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan rumah masih berselerak.
8. Jangan menghina isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok rupa diri sendiri dalam cermin dan terimalah isteri seadanya. Depan isteri bukan main puji, belakang mengutuk dengan orang lain.
9. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye.
10. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda main wayang. Jangan sekali mencaci mereka atau mewujudkan cerita keluarga isteri dan sebagainya.
11. Jangan kedekut dengan isteri keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya, ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki.
12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
13. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Memang pelakon handalanlah macam itu.
14. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
15. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh, inikan lagi berzina. Hukumnya haram di sisi agama. Allah berikan akal untuk berfikir dan agama sebagai pegangan umatNya.
16. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Perempuan simpanan? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
17. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
18. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi hina kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
19. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
20. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
21. Jangan buat 'bodo' kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan cukup sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
22. Luangkan masa 2-3 kali dalam seminggu bersama isteri, tidak kira di rumah atau keluar bersiar-siar. Kalau ada bajet lebih bawalah melancong tempat yang sesuai.
22. Luangkan masa 2-3 kali dalam seminggu bersama isteri, tidak kira di rumah atau keluar bersiar-siar. Kalau ada bajet lebih bawalah melancong tempat yang sesuai.
22. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini cukup mudah. Perkara yang remeh adalah kanser bagi kaum isteri. Allah s.w.t. berfirman, " Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan ". Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya. Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga.
Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga. Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai. Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.
Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga. Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai. Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.
bagus panduan ni untuk husband saya
ReplyDeleteAnn Ishak : Baik utk aNN, juga baik utk akk :)
ReplyDeleteAnn Ishak : Tkasih
ReplyDelete