Nuffnang

Tuesday, March 1, 2011

MAHU ANAK BAIK, JADILAH IBUBAPA YANG BAIK



Anak-anak adalah harta paling berharga bagi ibubapa. Boleh jadi anak-anak menjadi tiket untuk ke syurga bagi kedua ibubapa, juga boleh jadi sebaliknya tiket untuk ke neraka. So the choice is in your hand.

Apa yang kita cuba sampaikan ialah, kita tidak akan memperolehi anak yang baik atau lebih baik dari diri kita sendiri andainya tidak memulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.


Kalau nak ada anak soleh dan solehah yang tetap mendirikan solat, kena mula dari diri sendiri. Anak kita adalah kita yang sekarang; boleh jadi lebih baik dari kita. Maka, selepas solat jangan lupa berdoa untuk anak-anak tapi kalau meninggalkan solat bagaimana? Ingat, anak yang soleh/solehah adalah harta berharga.

Kelakuan kita sekarang, maka itulah kelakuan anak-anak pada masa terhadap kita, kedua orang tuanya.

Sehingga entri ini ditulis, doa kita, moga-moga boleh lebih berusaha menjadi anak yang tidak menyusahkan kedua orang tua mahupun ibubapa kita sendiri dan mentua. Yang sentiasa ingat mereka dalam doa harian. Yang saya kasihi mereka dengan hati kecil ini.

Sepertimana saya rasa bahagia bila membayangkan ada anak soleh/solehah, maka kita kena jadi seperti yang dibayangkan terhadap kedua orang tua. Kena didik diri sendiri, barulah anak dimasa depan akan terdidik. Insyallah.

No comments:

Post a Comment