Nuffnang

Saturday, April 2, 2011

KES SAMAN SHIELA RUSLY, BERAKHIR


Selepas hampir empat tahun, kes saman pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly terhadap bekas rakan kongsinya berhubung Restoran Nasi Dagang House (NDH) berakhir apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam membubarkan restoran terbabit.

Selain itu, mahkamah memerintahkan segala keuntungan yang diperoleh daripada Restoran Ulik Mayang dari 1 Oktober 2005 hingga ke tarikh penghakiman dan kos guaman dibayar oleh Datuk Azlina Che Abdullah kepada Sheila, 40, selaku plaintif.

Restoran Ulik Mayang dibuka oleh bekas rakan kongsinya yang juga pengasas D'Navechee Beauty itu selepas NDH ditutup.

Menurut penghakiman Hakim Lim Yee Lan yang dibaca oleh Timbalan Pendaftar, Hamidah Mohamed Deril, perjanjian lisan antara plaintif dan Azlina, 44, selaku defendan dibatalkan serta NDH dibubarkan berkuat kuasa semalam.

Defendan juga perlu menyerahkan semua rekod dan akaun perniagaan NDH untuk tempoh 11 Julai hingga 30 September 2005 kepada juruaudit bertauliah untuk ditaksirkan untung rugi restoran itu untuk dikira agihan keuntungan.

Selain itu, Azlina perlu menyerahkan dokumen-dokumen urusniaga Restoran Ulik Mayang sehingga semalam kepada juruaudit bertauliah bagi pengiraan keuntungan yang diperoleh dan jumlah tersebut perlu dibayar kepada Sheila.

Sementara itu, Sheila ketika dihubungi melahirkan kesyukuran atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada mereka yang telah menyokongnya.

Sumber : Utusan

2 comments:

  1. selesai sudah...lama jugak proses kes ni berjalan

    ReplyDelete
  2. Ann Ishak : Berkat org yg sabar, insyallah..

    ReplyDelete