Nuffnang

Wednesday, May 11, 2011

CUTI REHAT


Hari ini kita cuti rehat, seawal pagi keluar rumah menguruskan lain-lain hal. Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan. Balik sempat singgah Kipmart beli durian dan daging. Sebelum masuk sempat bermain-main dengan ikan-ikan yang kita pelihara di kolam hadapan rumah. Seronok tengok ikan-ikan berenang kesana kemari dalam satu team.

Kita bersolat zuhor dan buat jus epal. Walaupun cuti kita masih merasakan ada lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita masih buat pencarian maklumat agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam Malaysia untuk di tawarkan kursus di bawah anjuran GOPPSZ-UK. Adakalanya ayat ini perlu di pegang, dengan duit segalanya boleh jadi tapi dengan duit juga adakalanya boleh memakan diri sendiri.

Moga tawaran kursus yang di anjurkan team kita mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak. Semakin tinggi dana yang kami kumpul maka semakin luas empayar jelajah kami ke UK. Moga impian kita hendak bergambar di menara Eifil akan tercapai. Insyallah!

No comments:

Post a Comment