Nuffnang

Wednesday, May 11, 2011

MUHASABAH DIRI

Muhasabah mestilah dilakukan sepanjang masa kerana kita tidak terlepas dari membuat dosa. Mereka yang tidak beramal dengan muhasabah ini akan bertindak mengikut nafsu atau keinginan sendiri kerana tidak pernah menilai sama ada apa yang telah dilakukan itu betul atau tidak.

Sebagai seorang yang menyeru kepada Islam, kita tidak terlepas dari berbuat salah kepada diri sendiri mahupun kepada madú. Justeru, dengan muhasabah, kita dapat memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari. Selain itu, konsep muhasabah akan mengingatkan kita tentang hisab yang akan berlaku di akhirat nanti, lantas menambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.


Orang yang pandai ialah yang membetulkan dirinya, bersedia beramal sebagai bekalan untuk mati, dan orang yang lemah ialah yang selalu menurut keinginannya dan mengharapkan pelbagai angan-angan kepada Allah” (Riwayat At-Tirmidzi)

Sahabat yang baik ialah mereka yang berani menegur kesalahan diri kita dengan niat semata-mata kerana Allah. Amat jarang untuk berjumpa dengan sahabat yang sebegini kerana masing-masing takut untuk menegur demi menjaga hati atau bermaksud jahat; gembira melihat kesalahan yang kita lakukan sebagai aib kepada diri kita sendiri.

Pemilihan kawan yang tepat akan membantu proses kita menilai diri sendiri dan menyelamatkan kita dari terus hanyut dengan pujian-pujian yang hanya memakan diri dan mematikan hati.

No comments:

Post a Comment