Nuffnang

Monday, May 9, 2011

HARGAILAH IBU KITA

Semalam merupakan Hari Ibu, rata-rata tanpa mengira kulit, bangsa dan rupa meraikan yang istimewa untuk ibu yang tersayang. Ermm...kita lalui dengan rasa sunyi, kita tak tunjukkan kesedihan kita tapi alhamdulilah, Allah gantikan dengan putera dan puteri yang cukup penyayang. Mereka sentiasa ingat hari-hari istimewa untuk kita. Walaupun tiada wang dan hadiah istimewa tapi sudah memadai mereka meraikan dengan penuh ikhlas. Kita berharap sangat anak-anak kita jadi insan yang berguna,taat suruhan Allah dan ibubapa serta berjaya dalam akademik. Itu doa kita setiap lima waktu sehari. Amin.

Kalau di pikirkan semula, sepanjang arwah mak ada, kita selalu mendampingi beliau ketika suka dan duka. Cinta mak pada bunga-bungaan terlalu mendalam, kitalah orang paling rajin menghantar dan melayan karenahnya ke nurseri untuk membeli pelbagai jenis orkid.

Semuanya sudah berlalu, bagai sebuah memori indah yang paling kita tidak boleh lupakan. Kasih sayangnya tidak boleh ditukar ganti. Itulah satu-satunya mak kita.

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini.

Oleh itu, peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi yang duduk berjauhan.

No comments:

Post a Comment