Nuffnang

Monday, May 23, 2011

SAYA TARIK TANGAN ADIK


Berulangkali kita baca berita ni, macam-macam kita rasa. Kita sebagai ibu rasa tersentuh dan menyelami perasaan mereka. Tak sedar airmata meleleh baca berita ini. Latarbelakang mereka yang berbeza-beza berbanding kita yang di luar sini cukup sempurna dan ditambah dengan musibah yang datang. Moga anak-anak yatim yang pergi ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

“Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.

“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.”

Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin.

Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” katanya.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment