Nuffnang

Friday, June 3, 2011

HALWA TELINGA PETANG JUMAAT


Sumber Incik Google

Kejadian tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, 16 penghuninya meninggal dunia dan beberapa lagi cedera sehingga masih dirawat hingga hari ini.

Bagi kita cukup menginsafkan, banyak iktibar yang boleh kita pelajari daripada kemalangan ini. Tidak perlu saya menjelaskan kerana semua sudah menyedarinya melalui sebaran media sepanjang minggu lalu. Bukan sekali dua orang bercerita kisah yang serupa dan rasanya tidak akan berhenti bercerita kerana kita mengharap ia boleh kita jadikan peringatan bersama.

Kita pun tahu setiap perlakuan atau kejadian kepada kita atau apa saja di atas muka bumi ini berlaku kerana kehendak-Nya dan Dia Maha Mengetahui setiap aturan-Nya. Seperti mana yang sentiasa saya harapkan untuk industri hiburan dan pelaku-pelakunya agar mengenang musibah tanah runtuh ini sebagai satu lagi pengajaran untuk kita meniti hari-hari seterusnya dalam kehidupan. Jelas, hidup kita tidak lama dan Allah boleh mengambil bila-bila masa saja hak-Nya, walaupun sedang sihat segar-bugar.

Sifat dan sikap hitam yang sering hinggap selagi kita bernama manusia, seharusnya dikikis seboleh mungkin. Banyak rupa syaitan hari ini, malah kita semakin tidak kenal kerana mereka juga bertopengkan manusia.

No comments:

Post a Comment