Rasanya semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum yang mana Taman Tema Legoland akan beroperasi di Malaysia tidak lama lagi. Lebih tepat lagi lokasinya di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor. Bagi yang menonton Majalah 3 sedikit masa lalu mungkin mengetahui perkembangan cerita ini lebih lanjut lagi. sebagai anak Johor seharusnya kita berbangga ada taman permainan setaraf California dan Florida.
Pembinaan Taman Tema Logoland yang bernilai RM257.9 juta telah pun diberikan kepada Kumpulan Sunway (pemilik Sunway Lagoon & Lost World of Tambun) oleh IDR Assets Sdn Bhd, syarikat di bawah naungan Iskandar Investment Group.
Taman Tema Legoland dijangka akan di buka pada orang ramai pada hujung tahun 2012. Jadi selepas ini, warga Johor Bahru pasti tidak akan merasa pening lagi untuk membawa anak-anak mereka pergi untuk bermandi-mandi.
No comments:
Post a Comment