Nuffnang

Tuesday, June 7, 2011

WANITA BAIK SELAYAKNYA UNTUK LELAKI YANG BAIK

Sumber dari incik google



Dari satu motivasi yang sangat berguna untuk perkongsian bersama, lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga tapi apa salahnya yang teruna dan dara untuk membacanya, sangat berguna.

Dalam situasi tertentu, wanita lebih mulia dan hebat dari lelaki.
Malah, kadangkala kita bersimpati dan terharu dengan kemuliaan pengorbanan mereka. Namun, bukan semua lelaki menghargainya. Kadangkala, cinta sekadar nafsu bukan kerana kasih sayang. Wanita berjiwa penyayang selayaknya disisinya lelaki tenang dan berjiwa penyayang.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Al-Rum : Ayat 21)


Menghargai apa yang kita perolehi, itu sangat perlu dan sudah tentu. Memberi seikhlas hati, itu yang harus dituntut dan patut dilaksanakan. Mudah-mudahan kasih sayang berkekalan, bahagia berpanjangan.


No comments:

Post a Comment