Nuffnang

Sunday, June 5, 2011

PECINTA RESTORAN MAMAK MASUK SINI

Ketika orang ramai bimbang kemungkinan berlaku peningkatan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan tarif elektrik, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) tampil memberi jaminan untuk terus mengekalkan harga itu di premis ahlinya.

Malah, kira-kira 3,000 ahli PRESMA yang juga pengusaha restoran nasi kandar dan kedai mamak di seluruh negara, sudah diarah supaya menyerap peningkatan kos operasi itu dan bukannya membebankan pengguna menerusi kenaikan harga makanan dan minuman.
Dalam jaminannya semalam, Presiden PRESMA, Noorul Hassan Saul Hameed, berkata pelanggan boleh menikmati harga asal walaupun kenaikan tarif elektrik sudah berkuat kuasa.

PRESMA turut berpendapat adalah tidak sesuai untuk menaikkan harga makanan dan minuman kerana bukan saja memberi kesan bukan saja kepada pengguna, tetapi pengusaha restoran kerana terpaksa berdepan dengan kerugian berikutan kehilangan pelanggan.

Kalau kami naikkan harga, sudah tentu akan membebankan pelanggan yang majoritinya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Apabila ini berlaku, mereka tidak lagi berkunjung ke restoran kami.

Sumber : Bharian

No comments:

Post a Comment