Nuffnang

Wednesday, July 27, 2011

ASAM PEDAS CLAYPOT



Seperti yang dijanjikan petang semalam, selepas maghrib kita keluar makan malam di Student Mall, UTM.

Cafe yang kita tuju tu kecik je, tapi disediakan meja-meja luar untuk pengunjung yang gemar makan di luar. Dari segi menu tak berapa banyak sangat dan lebih kepada masakan panas. Masakan paling special di sini asam pedas claypot. Majoriti pelanggan yang datang memang nak makan asam pedas.

Kita boleh memilih apa sahaja jenis ikan yang disediakan kemudian di letak dalam claypot bubuh kuah dan di panaskan bersama sayur bendi.

Rasanya asam pedas claypoynya sure nak cari lagi. Really memang sedap kalau dibandingkan dengan asam pedas Parit Jawa, Muar yang pernah kita makan.

Huh! Kita teringat lagi asam pedas claypot malam tadi. Sedapnya.

2 comments: